Friday, January 20, 2012

Semuanya tentang ‘Hyper’


Dalam Kamus Dewan Edisi ke-Empat, istilah ‘hiper’ merujuk kepada sesuatu yang terlampau atau terlebih daripada normal (rujuk sini). Dalam bidang perubatan pula, istilah ini boleh ditemui dalam beberapa jenis penyakit atau masalah. Mari kita lihat serba-sedikit masalah/penyakit yang berkaitan dengan hyper ini:

Hiperaktif:

Merujuk kepada keadaan di mana fizikal seseorang itu terlalu aktif. Menurut beberapa kajian, keadaan ini mungkin berpunca daripada  pewarna tiruan,perasa tiruan, bahan pengawet makanan/minuman, dan gula tiruan. Biasanya masalah ini menyerang kanak-kanak yang bertindakbalas dengan bahan-bahan di atas.

Hipertensi:

Merupakan istilah yang digunakan untuk menyatakan tekanan darah yang tinggi. Tekanan darah diukur melalui daya terhadap dinding arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh anggota badan.



Tekanan darah diukur dalam dua angka (contoh:120/80 mmHg). Angka yang pertama dipanggil tekanan darah ‘systolic’ dan angka yang kedua pula dipanggil tekanan darah ‘diastolic’. Mari kita lihat tahap-tahap tekanan darah:

Normal: Kurang daripada 120/80 mmHg dalam satu-satu masa

Tinggi: Melebihi 140/90 mmHg dalam satu-satu masa

Pra-Hipertensi: melebihi 120/80 mmHg tetapi kurang daripada 140/90 mmHg


Banyak faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi antaranya kandungan air dan garam dalam badan, salur darah dan keadaan buah pinggang seseorang itu.

Hyperhidrosis

Merupakan keadaan di mana seseorang itu berpeluh secara berlebihan melebihi apa yang diperlukan oleh tubuh. Keadaan ini disebabkan saraf simpathetik terlalu aktif. Namun, punca sebenar masalah ini masih tidak diketahui. 



Biasanya hiperhidrosis melibatkan anggota tubuh seperti muka, tapak tangan, tapak kaki dan bawah lengan. Masalah ini boleh dirawat dengan malakukan pembedahan Video Assisted Thoracoscopic Symphatectomy (VATS). Hiperhidrosis berlaku kepada satu hingga tiga peratus penduduk dunia.

Itu sahaja maklumat yang ingin dikongsi buat masa ini. InsyaAllah info-info lain mengenai kesihatan akan dikongsikan lagi pada masa akan datang.



Rujukan 1
Rujukan 2 
Rujukan 3

Monday, December 12, 2011

Gerhana Bulan: Secebis Dari Bukti Kekuasaan-Nya


10 Disember 2011 telah menyaksikan terjadinya gerhana bulan penuh yang dapat dilihat oleh rakyat Malaysia khususnya dan rakyat Asia amnya. 



Pelbagai peringkat umur dapat melihat fenomena tersebut walaupun hanya menggunakan mata kasar. Masing-masing memberikan reaksi yang berbeza terhadap fenomena ini. Ini mungkin dialog yang terpancar dari mulut sebahagian dari kita:

Orang 1: Wah…!! Cantiknya…!!
Orang 2: Cantiknya bulan malam ni…!!
Orang 3: Tengok-tengok.. Dia dah gelap separuh dah
Orang 4: Subhanallah (Maha Suci Allah)..Cantiknya..!!
 
Sesuatu itu bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Adakah kita melihat sekadar melihat atau kita melihat dan seterusnya merenung di sebalik kejadian tersebut. Apapun, kejadian gerhana bulan yang jarang sekali dapat dilihat ini merupakan hanya secebis dari bukti kekuasaan-Nya.  Maha Suci Allah.

Friday, December 9, 2011

Understand or Memorize??


Ini merupakan entry aku yang pertama. Kenapa tajuk dalam BI?? Entahlah, maybe saje je try and error kot.
Okay2..Kembali kepada topik kat atas



Terdapat beza yang ketara antara faham dan hafal. Biasanya mereka yang faham tak perlu menghafal dan mereka yang menghafal belum tentu faham apa yang dihafal.  Apapun, biasanya hafalan lambat laun pasti membuahkan kefahaman.  Sabar itu pasti membuahkan hasil..PASTI

Jadi, apakah gaya anda??






p/s: terkadang terpaksa hafal juga saat-saat akhir 

Gambar ihsan laman web ni