Terlalu mudah kita membuat kesimpulan awal tentang setiap perkara yang kita lihat. Jarang sekali kita ambil masa untuk berfikir sejauh mana apa yang kita lihat itu selari dengan apa yang kita fikirkan.
Kita lebih berminat untuk "assume" sesuatu perkara dan biasanya apa yang kita "assume" itu salah.
Ambillah masa untuk berfikir (jika mempunyai masa) jika hendak membuat sesuatu keputusan. Itu yang terbaik.
Tuesday, January 22, 2013
Berkongsi, Peduli
"Berbicara menunjukkan seseorang itu sedang berkongsi manakala mendengar pula menunjukkan seseorang itu ambil peduli".
Fikirkan sejauh mana kita bertindak dalam komunikasi harian sama ada kita lebih banyak berbicara atau mendengar. Adakah dalam pertuturan kita sehari-hari ada mengguris mana-mana individu yang mendengar atau tidak ambil peduli terhadap orang yang ingin berkongsi masalah dengan kita.
Friday, January 20, 2012
Semuanya tentang ‘Hyper’
Dalam Kamus Dewan Edisi ke-Empat, istilah ‘hiper’ merujuk kepada sesuatu yang terlampau atau terlebih daripada normal (rujuk sini). Dalam bidang perubatan pula, istilah ini boleh ditemui dalam beberapa jenis penyakit atau masalah. Mari kita lihat serba-sedikit masalah/penyakit yang berkaitan dengan hyper ini:
Hiperaktif:
Merujuk kepada keadaan di mana fizikal seseorang itu terlalu aktif. Menurut beberapa kajian, keadaan ini mungkin berpunca daripada pewarna tiruan,perasa tiruan, bahan pengawet makanan/minuman, dan gula tiruan. Biasanya masalah ini menyerang kanak-kanak yang bertindakbalas dengan bahan-bahan di atas.
Hipertensi:
Merupakan istilah yang digunakan untuk menyatakan tekanan darah yang tinggi. Tekanan darah diukur melalui daya terhadap dinding arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh anggota badan.
Tekanan darah diukur dalam dua angka (contoh:120/80 mmHg). Angka yang pertama dipanggil tekanan darah ‘systolic’ dan angka yang kedua pula dipanggil tekanan darah ‘diastolic’. Mari kita lihat tahap-tahap tekanan darah:
Normal: Kurang daripada 120/80 mmHg dalam satu-satu masa
Tinggi: Melebihi 140/90 mmHg dalam satu-satu masa
Pra-Hipertensi: melebihi 120/80 mmHg tetapi kurang daripada 140/90 mmHg
Banyak faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi antaranya kandungan air dan garam dalam badan, salur darah dan keadaan buah pinggang seseorang itu.
Hyperhidrosis
Merupakan keadaan di mana seseorang itu berpeluh secara berlebihan melebihi apa yang diperlukan oleh tubuh. Keadaan ini disebabkan saraf simpathetik terlalu aktif. Namun, punca sebenar masalah ini masih tidak diketahui.

Rujukan 1
Rujukan 2
Rujukan 3
Monday, December 12, 2011
Gerhana Bulan: Secebis Dari Bukti Kekuasaan-Nya
10 Disember 2011 telah menyaksikan terjadinya gerhana bulan penuh yang dapat dilihat oleh rakyat Malaysia khususnya dan rakyat Asia amnya.
Pelbagai peringkat umur dapat melihat fenomena tersebut walaupun hanya menggunakan mata kasar. Masing-masing memberikan reaksi yang berbeza terhadap fenomena ini. Ini mungkin dialog yang terpancar dari mulut sebahagian dari kita:
Orang 1: Wah…!! Cantiknya…!!
Orang 2: Cantiknya bulan malam ni…!!
Orang 3: Tengok-tengok.. Dia dah gelap separuh dah
Orang 4: Subhanallah (Maha Suci Allah)..Cantiknya..!!
Sesuatu itu bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Adakah kita melihat sekadar melihat atau kita melihat dan seterusnya merenung di sebalik kejadian tersebut. Apapun, kejadian gerhana bulan yang jarang sekali dapat dilihat ini merupakan hanya secebis dari bukti kekuasaan-Nya. Maha Suci Allah.
Friday, December 9, 2011
Understand or Memorize??
Ini merupakan entry aku yang pertama. Kenapa tajuk dalam BI?? Entahlah, maybe saje je try and error kot.
Okay2..Kembali kepada topik kat atas

Jadi, apakah gaya anda??
p/s: terkadang terpaksa hafal juga saat-saat akhir
Gambar ihsan laman web ni
Subscribe to:
Posts (Atom)