Friday, January 20, 2012

Semuanya tentang ‘Hyper’


Dalam Kamus Dewan Edisi ke-Empat, istilah ‘hiper’ merujuk kepada sesuatu yang terlampau atau terlebih daripada normal (rujuk sini). Dalam bidang perubatan pula, istilah ini boleh ditemui dalam beberapa jenis penyakit atau masalah. Mari kita lihat serba-sedikit masalah/penyakit yang berkaitan dengan hyper ini:

Hiperaktif:

Merujuk kepada keadaan di mana fizikal seseorang itu terlalu aktif. Menurut beberapa kajian, keadaan ini mungkin berpunca daripada  pewarna tiruan,perasa tiruan, bahan pengawet makanan/minuman, dan gula tiruan. Biasanya masalah ini menyerang kanak-kanak yang bertindakbalas dengan bahan-bahan di atas.

Hipertensi:

Merupakan istilah yang digunakan untuk menyatakan tekanan darah yang tinggi. Tekanan darah diukur melalui daya terhadap dinding arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh anggota badan.



Tekanan darah diukur dalam dua angka (contoh:120/80 mmHg). Angka yang pertama dipanggil tekanan darah ‘systolic’ dan angka yang kedua pula dipanggil tekanan darah ‘diastolic’. Mari kita lihat tahap-tahap tekanan darah:

Normal: Kurang daripada 120/80 mmHg dalam satu-satu masa

Tinggi: Melebihi 140/90 mmHg dalam satu-satu masa

Pra-Hipertensi: melebihi 120/80 mmHg tetapi kurang daripada 140/90 mmHg


Banyak faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi antaranya kandungan air dan garam dalam badan, salur darah dan keadaan buah pinggang seseorang itu.

Hyperhidrosis

Merupakan keadaan di mana seseorang itu berpeluh secara berlebihan melebihi apa yang diperlukan oleh tubuh. Keadaan ini disebabkan saraf simpathetik terlalu aktif. Namun, punca sebenar masalah ini masih tidak diketahui. 



Biasanya hiperhidrosis melibatkan anggota tubuh seperti muka, tapak tangan, tapak kaki dan bawah lengan. Masalah ini boleh dirawat dengan malakukan pembedahan Video Assisted Thoracoscopic Symphatectomy (VATS). Hiperhidrosis berlaku kepada satu hingga tiga peratus penduduk dunia.

Itu sahaja maklumat yang ingin dikongsi buat masa ini. InsyaAllah info-info lain mengenai kesihatan akan dikongsikan lagi pada masa akan datang.



Rujukan 1
Rujukan 2 
Rujukan 3