Wednesday, July 10, 2013

Bekal Mana yang Kita Bawa?

Salam dan Selamat pagi,

Semoga semua sentiasa positif dan ceria. 


Bekal manakah yang selama ini kita cari? Bekal yang akan dibawa atau bekal yang akan ditinggalkan?

Tidak salah mencari bekal yang akan ditinggalkan, tapi jangan sampai terlupa bahawa dunia ini bukan destinasi terakhir kita. 

Jangan sampai kita mencari bekal untuk dunia sehingga kita melupakan bekal untuk akhirat.

Berapa ramai yang terlalu sibuk mengejar kekayaan dunia sehingga tanpa sedar ajal menjemput sebelum sempat mencari bekal untuk akhirat bahkan kekayaan yang berjaya dikumpul/diraih juga belum sempat dinikmati. 

Kesimpulannya dalam kita mencari bekalan untuk dunia yang sementara, janganlah kita melupakan bekalan kita untuk akhirat yang kekal.

Doakan saudara Islam kita di seluruh dunia terutama di Mesir, Syria dan Palestin.

Wassalam.

Tuesday, January 22, 2013

Mengapa Terburu-buru??

Terlalu mudah kita membuat kesimpulan awal tentang setiap perkara yang kita lihat. Jarang sekali kita ambil masa untuk berfikir sejauh mana apa yang kita lihat itu selari dengan apa yang kita fikirkan. 



Kita lebih berminat untuk "assume" sesuatu perkara dan biasanya apa yang kita "assume" itu salah.

Ambillah masa untuk berfikir (jika mempunyai masa) jika hendak membuat sesuatu keputusan. Itu yang terbaik.

Berkongsi, Peduli



"Berbicara menunjukkan seseorang itu sedang berkongsi manakala mendengar pula menunjukkan seseorang itu ambil peduli". 

Fikirkan sejauh mana kita bertindak dalam komunikasi harian sama ada kita lebih banyak berbicara atau mendengar. Adakah dalam pertuturan kita sehari-hari ada mengguris mana-mana individu yang mendengar atau tidak ambil peduli terhadap orang yang ingin berkongsi masalah dengan kita.